Utama

Selamat datang ke laman web Persatuan Pelajar Malaysia (Muslim) Queensland (PPMQ), Australia. Sila layari pautan di atas untuk mendapat maklumat tentang kami dan juga persiapan bagi bakal pelajar ke bumi Queensland. Bagi pelajar yang telah tiba, sila mendaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Australia (Malaysia Students Department Australia).
Sila klik di sini untuk maklumat tentang keahlian PPMQ.

Segala pertanyaan tentang laman web ini boleh diajukan kepada Biro Teknologi Maklumat PPMQ. Sila klik di sini untuk melayari laman web ppmq yang baru (pilot test): Laman web PPMQ yang baru.

Penambahbaikan Laman Sesawang (web) PPMQ

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

PPMQ ingin mengumumkan bahawa laman sesawang PPMQ yang lama telah digantikan dengan laman sesawang yang baru. Oleh itu, segala maklumat terkini berkenaan PPMQ akan dikemaskini di laman web yang baru. Laman sesawang yang baru ini telah dibangunkan dan telah diberi nafas baru berdasarkan cadangan-cadangan ahli-ahli sekarang dan terdahulu.

Diharapkan warga PPMQ dapat memberikan cadangan-cadangan yang bermanfaat di masa hadapan untuk menjadikan laman sesawang baru ini sebagai pusat maklumat terkini dan laman sosial kepada warga PPMQ. Segala cadangan/idea hendaklah diajukan kepada mana-mana AJK PPMQ untuk dipertimbangkan.

Terima kasih.

Laman web PPMQ yang baru: http://ppmq-australia.blogspot.com/

Yang menjalankan tugas,

Biro Teknologi Maklumat
Nazim

Kelas Fardhu Ain PPMQ 2011

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..

Semoga rakan-rakan PPMQ sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat. InshAllah kelas Fardu Ain anjuran PPMQ akan bermula semula pada 6 Mac 2011 (Ahad).

Alhamdulillah tahun lepas kelas fardu ain PPMQ telah berjaya berjalan dengan konsisten hasil ketekunan and kesungguhan cikgu-cikgu KAFA. InshAllah untuk tahun ini kami kembali dengan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dan lebih informasi.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan:

1) Tutor Iqra’ dan al-Quran

2) Pengisian-pengisian Islamiah yang menarik

3) Aktiviti riadah seperti sukaneka, bola sepak etc

Detail adalah seperti berikut:
Hari: Ahad

Masa: 8.30 am – 12.00 pm

Tempat: 12 Princess St. Taringa

Yuran: *AUD 25 sebulan (Bagi yuran melebihi seorang anak boleh rujuk borang pendaftaran)

Umur: 5 – 13 tahun

*Yuran tahun ini dinaikkan sedikit bagi membantu keperluan kelas serta upah buat cikgu-cikgu. Jika ada yang ingin memberi sumbangan lebih sangatlah di alu-alukan.

Bagi ibu bapa yang sudah menghantar tahun lepas dan masih mahu menghantar anak-anak untuk tahun ini, cuma perlu email kepada saya di ikan.pisces@gmail.com, dan tulis “KAMI MASIH BERMINAT”. Kemudian bawa borang pendaftaran dan duit yuran pada hari pertama kelas KAFA iaitu pada 6 Mac nanti dan serahkan kepada saya.

Bagi yang baru dan berminat untuk menghantar anak-anak, boleh laa email kepada saya dulu di ikan.pisces@gmail.com untuk daftar secara tidak rasmi dan nyatakan jumlah anak-anak yang ingin di hantar. Kemudian bawa borang pendaftaran dan duit yuran pada hari pertama kelas KAFA iaitu pada 6 Mac nanti dan serahkan kepada saya.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh juga email kepada saya di ikan.pisces@gmail.com.

It was narrated from ‘Abd-Allaah ra that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Each of you is a shepherd and is responsible for his flock. The ruler who is in charge of people is a shepherd and is responsible for them. The man is the shepherd of his household and is responsible for them. The woman is the shepherd of her husband’s house and child and is responsible for them. The slave is the shepherd of his master’s wealth and is responsible for it. Each of you is a shepherd and each of you is responsible for his flock.” Narrated by al-Bukhaari, 2416; Muslim, 1829.

Salam

Mus’ab Abu ‘Ayyash

Wakil Kelas KAFA PPMQ

Mega Garage Sale untuk mengumpulkan dana bantuan banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Garage sale untuk mengumpulkan dana bantuan banjir akan diadakan seperti maklumat berikut:

Hari Sabtu, Tarikh; 19 Februari 2011, Masa; 7am hingga 3pm , Tempat; 308 Hawken Drive St Lucia - Bilik Gerakan Banjir

Antara barang yg dijual ialah

Pakaian org dewasa,
Pakaian kanak-kanak,
Pakaian remaja
Bric-a-brac
Ice cube tray
Wok
Frying pan
Pot
Assorted plates
Metal jug
Corn serving set
etc,etc etc......

Sumbangan untuk mangsa banjir Queensland

Buat individu atau organisasi yang ingin menghulurkan sumbangan kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah banjir di Queensland melalui Persatuan Pelajar Melayu Queensland, sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun berikut:

Nama akaun: Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ)
Nama Bank: ANZ Bank (Australia and New Zealand .........Bank)
Nombor akaun: 4964 87894
BSB: 014 272

Bilik Gerakan Dan Bantuan Bencana Alam Queensland

Assalamualaikum warga PPMQ yang dihormati,

Semoga sahabat-sahabat PPMQ berada dalam rahmat dan perlindungan Allah. Untuk makluman, satu jawatankuasa bertindak membantu pelajar-pelajar Malaysia yang yang menghadapi masalah banjir di Queensland telah ditubuhkan dan diketuai oleh Encik Zul Rahim. Satu bilik gerakan akan dibuka di UQ bagi menjalankan operasi yang berkaitan dengan pengurusan dan bantuan pelajar-pelajar Malaysia bermula 17 Januari 2011 yang lokasinya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sekiranya masih terdapat pelajar-pelajar yang masih belum mengemukakan maklumat lanjut berkaitan nama (termasuk ahli keluarga), nombor telefon, suburb, universiti, tajaan dam keadaan/masalah yang dihadapi dipohon berbuat demikian melalui emel kepada mascahelp@gmail.com.

Selain dari bantuan berbentuk kewangan, sumbangan berbentuk bahan mentah seperti makanan, peralatan rumah, perabot dan sebagainya turut diperlukan. Terdapat juga di kalangan mangsa banjir yang memerlukan tempat tinggal sementara sebelum mendapat kediaman tetap. Sumbangan-sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui mana-mana AJK PPMQ atau MASCA atau terus ke bilik gerakan yang akan dimaklumkan kelak.

Untuk sahabat-sahabat yang masih belum mengemukakan permohonan bantuan 'Flood Recovery' boleh berbuat demikian di mana-mana lokasi berikut dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang:
• Indooroopilly Catholic Church Hall, Ward Street;
• St Aidan’s Anglican Grammar School, Corinda;
• Yeronga State School; and
• East Brisbane Anglican Church, Kangaroo Point.

Sila bawa bersama pasport, visa dan maklumat akaun bank. Untuk maklumat lanjut berkaitan kelayakan dan sebagainay, sila layari http://www.janeprentice.com.au/

Sekian. Terima kasih.

Salam Aidilfitri kepada semua warga PPMQ

Kata mungkin terucap,
Tangan mungkin tergerak,
Prasangka mungkin terungkap,
Tiada kata, kecuali saling maafi & eratkan lagi ukhuwah
Indahnya kemenangan hakiki, Selamat Hari Raya AidilFitri

PPMQ Foto Contest 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua kaki photoq dan berminat untuk menyertai "PPMQ Photoq Contest" yang diadakan sempena PPMQ Football Cup dan Welcoming BBQ lepas berikut adalah maklumat terperinci pertandingan:

SYARAT ASAS
1. Terbuka kepada semua ahli PPMQ dan persatuan yang bernaung dibawah MASCA
2. Foto mestilah asli dan hakmilik penghantar.
3. Foto lucah dan menyalahi undang-undang adalah dilarang.
4. Setiap foto yang disubmit harus disertakan dengan caption gambar.
5. Tiada had maksima kepada setiap penyertaan.
6. Minor editing dibenarkan; contoh tambah frame pada gambar tapi, gambar format HDR tidak dibenarkan.
7. Juri PPMQ akan memilih 2 foto terbaik bagi keseluruhan foto yang dihantar.
7. Keputusan juri adalah muktamad.
8. Pemilihan gambar (termasuk caption) akan dibuat dgn undian online (50%) dan juri professional (50%)

TEMA UTAMA
1. Aksi Permain Bola - tumpuan kepada perlawanan bola
2. Child portrait
3. Family Outdoor

FORMAT GAMBAR
1. Sila hantarkan gambar berserta caption kepada email kushai575@yahoo.com.my
2. Sila masukkan nama peserta, email peserta,no telefon dan maklumat pengajian pada bahagian bawah gambar

Contoh format penghantaran
Caption : Burpppp......
-Posted Image-
Nama: reaz
email: xyz@yahoo.com
telefon: 04-12345678
maklumat pengajian: PHD in urban development, QUT Gardens Point

sumber:Latihan #25 - THE BEST IN KIDS / BABIES / CHILDREN; photoskool @saifulnang

TARIKH TUTUP
Sila hantar gambar pada atau sebelum 21 April 2010 kepada kushai575@yahoo.com.my

Selamat datang ke Queensland!

Sempena menyambut pelajar-pelajar baru beserta famili, PPMQ telah mengadakan Welcoming BBQ dan PPMQ Football Match yang berlangsung pada 20 Mac 2010 di Padang Munro, St Lucia.

Perlawanan bola adalah di antara pasukan St Lucia dan West End, dan berkesudahan St Lucia membawa pulang Piala pusingan dengan jaringan 3 gol berbalas 1. Syabas kepada semua pemain dan ucapan terima kasih kami kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

AJK PPMQ

Sambutan Aildilfitri 1430H Anjuran Bersama PPMQ

Semua Warga PPMQ,

Minal 'Aideen wal Faizeen,

Dalam kemeriahan menyambut Aidulfitri yang masih terasa, PPMQ dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar Malaysia yang lain, termasuk MASCA, UMNO Queensland, MySA QUT dan UQMSA akan mengadakan majlis sambutan sempena Aidulfitri berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Syawwal 1430, bersamaan 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa: 11.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: UQ Lakes, University of Queensland.

InsyaAllah, pelbagai juadah 'raya' akan disediakan pada majlis ini nanti. Tuan/puan, saudara/i sekeluarga dijemput hadir untuk turut bersama memeriahkan majlis tersebut.

Syndicate content