Kursus Perpaduan dan Integrasi Pelajar-pelajar Malaysia di Luar Negara
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Australia (JPMA) akan mengadakan Kursus Perpaduan dan Integrasi Pelajar-pelajar Malaysia di Australia.
Kursus tersebut akan dijalankan selama dua (2) hari di Brisbane Queensland iaitu pada 25 - 26 Oktober 2008 (Sabtu dan Ahad). Lokasi Kursus adalah di University of Queensland, St. Lucia.
Untuk makluman, kursus ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia dan bilangan perserta pada setiap kursus adalah seramai 100 orang. Pihak JPMA akan menyediakan kemudahan seperti berikut kepada setiap peserta yang akan mengikuti program kursus ini:
- Kemudahan makan minum selama 2 hari ( Minum pagi, Makan Tengahari & Minum petang).
- Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang mengikuti kursus ini.
- Peserta kursus akan diberi bantuan tambang sebanyak AUD10.00 setiap hari. (AUD10x2hari= AUD20.00).
- Alat tulis, fail dan buku catatan akan disediakan oleh JPMA.
Sehubungan dengan itu, PPMQ sebagai secretariat kursus ini memohon kerjasama semua pelajar Malaysia di Brisbane untuk mendaftarkan diri dan menghadiri kursus ini.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan menghantarkan maklumat diri seperti berikut:
Nama penuh:
Universiti :
Tajaan/Sendiri :
No Tel:
Email:
Sila hantar maklumat kepada Setiausaha PPMQ : wyuaini82 [at] yahoo [dot] com. (Rapatkan email ini dan gantikan [at] dengan '@' dan [dot] dengan '.').
Sila daftar sebelum atau pada 20 hb Oktober 08 (Isnin) kerana kami perlu menyerahkan senarai nama ini kepada MSD.
Sekian, dimaklumkan. Kerjasama anda untuk mendaftarkan diri dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam dan Eid Mubarak
Zul OT
PPMQ
