Program Iftar Ramadhan PPMQ 1430H

Bersempena bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini, InsyaAllah PPMQ akan menganjurkan program Iftar (Berbuka) Ramadhan PPMQ 1430H. Tarikh program tersebut adalah seperti berikut:

Tempat :Musalla UQ, St.Lucia
Tarikh : Ahad, 30 Ogos 2009, bersamaan 9 Ramadhan 1430
Menu : Nasi Tomato, Ayam masak merah, dalca dan kuih-muih

Tempat : Masjid Buranda (Darul Uloom)
Tarikh : Jumaat, 18 September 2009, bersamaan 28 Ramadhan 1430
Menu :- belum ditetapkan -

Warga PPMQ dipelawa untuk sama-sama datang di samping memeriahkan majlis iftar yang akan diadakan. Penyertaan saudara/i amatlah dihargai. Marilah bersama-sama kita mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan melipat gandakan ibadah dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t., semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya .

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.” [HR Bukhari]

"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahalanya" [HR Ahmad dan at-Tirmidzi]

Wassalam.