Aktiviti

Aktiviti-aktiviti berkaitan PPMQ

Kursus Perpaduan dan Integrasi Pelajar-pelajar Malaysia di Luar Negara

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Australia (JPMA) akan mengadakan Kursus Perpaduan dan Integrasi Pelajar-pelajar Malaysia di Australia.

Kursus tersebut akan dijalankan selama dua (2) hari di Brisbane Queensland iaitu pada 25 - 26 Oktober 2008 (Sabtu dan Ahad). Lokasi Kursus adalah di University of Queensland, St. Lucia.

Untuk makluman, kursus ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia dan bilangan perserta pada setiap kursus adalah seramai 100 orang. Pihak JPMA akan menyediakan kemudahan seperti berikut kepada setiap peserta yang akan mengikuti program kursus ini:

  1. Kemudahan makan minum selama 2 hari ( Minum pagi, Makan Tengahari & Minum petang).
  2. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang mengikuti kursus ini.
  3. Peserta kursus akan diberi bantuan tambang sebanyak AUD10.00 setiap hari. (AUD10x2hari= AUD20.00).
  4. Alat tulis, fail dan buku catatan akan disediakan oleh JPMA.

Sehubungan dengan itu, PPMQ sebagai secretariat kursus ini memohon kerjasama semua pelajar Malaysia di Brisbane untuk mendaftarkan diri dan menghadiri kursus ini.

Pendaftaran boleh dilakukan dengan menghantarkan maklumat diri seperti berikut:

Nama penuh:
Universiti :
Tajaan/Sendiri :
No Tel:
Email:

Sila hantar maklumat kepada Setiausaha PPMQ : wyuaini82 [at] yahoo [dot] com. (Rapatkan email ini dan gantikan [at] dengan '@' dan [dot] dengan '.').

Sila daftar sebelum atau pada 20 hb Oktober 08 (Isnin) kerana kami perlu menyerahkan senarai nama ini kepada MSD.

Sekian, dimaklumkan. Kerjasama anda untuk mendaftarkan diri dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Wassalam dan Eid Mubarak

Zul OT
PPMQ

Program Iftar Ramadhan 2008

Program Iftar Ramadhan 2008

Sambutan Merdeka 2008

Sambutan Kemerdekaan Queensland 2008

Ahli Jawatankuasa PPMQ Sesi 2008/2009

Ahli Jawatankuasa (AJK) baru PPMQ sesi 2008/2009 telah diumumkan. Terima kasih kepada AJK lama dan terima kasih juga serta tahniah kepada AJK baru.

Sila lihat senarai jawatankuasa baru melalui:
Tentang PPMQ > Jawatankuasa

PPMQ Fundraising Luncheon

PPMQ akan menganjurkan acara fundraising seperti berikut:

Tarikh: 13 Julai, 2008
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi - 2 petang
Tarikh: Orleigh Park, West End.
Penyertaan: Pembelian kupon

Ceria Ria Akademik QLD 2008

HARI CERIA RIA AKADEMIK QUEENSLAND 2008
[Click here for English version]


PPMQ, MASCA dan MSDA akan menganjurkan Ceria Ria Akademik 2008 Queensland.

Klik di rangkaian berikut untuk muat turun:
Poster (Bahasa Malaysia): |PDF|PNG(imej)|
Poster (Bahasa Inggeris): |PDF|PNG(imej)|
Aturcara Program: |Bahasa Malaysia|Bahasa Inggeris|

Maklumat program:

  • Tarikh: 10 Mei 2008
  • Hari: Sabtu
  • Masa: 9 pagi - 1 petang
  • Tempat: Auditorium, Queensland Bioscience Precinct, (Building 80), University of Queensland, St. Lucia (berhadapan dengan Perhentian Bas UQ di Chancellors Place)
  • Pendaftaran: PERCUMA
Penyertaan terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia di Queensland.
Klik di sini untuk mendaftar sekarang
Sarapan dan makan tengahari disediakan.

Syndicate content